Tuesday, April 9, 2013

Simple Lunch..

..sup daging (esp utk hubby yg belum pulih sepenuhnya).. bila dh masak daging tak bole byk2 sgt lauk yg lain just simple2 je so goreng ikan masin dan buat sambal belacan.. dan potong betik sebagai pencuci mulut.. cukup.. alhamdulillah..;)

ok.. di bawah ini saya kongsikan resepi sup daging.. kalau berminat bolehlah mencuba..





Resepi Sup Daging

Bahan2nya;

Daging - direbus (airnya digunakan sebagai kuah) dan dipotong nipis2
Carrot dipotong dadu
Celeri 1 btg - dihiris2
Kentang - dipotong dadu
Halia - dihiris nipis2 memanjang
Bawang putih - dihiris nipis2 memanjang
Bawang merah - dihiris nipis2
Rempah ratus 4 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
Sedikit serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih 
Lada hitam (ditumbuk halus)
Daun sup sebagai hiasan
Buah tomato - sebagai hiasan (sy guna buah tomato yg kecil2 nmpk comel)

Cara2nya;

Tumis rempah ratus, semua bawang diikuti serbuk2 rempah spt di atas. Masukkan air rebusan tadi, daging dan yang lain. Masak sehingga mendidih kemudian masukkan garam, gula dan lada hitam yg telah ditumbuk..sehingga daging empuk. Jika telah sempurna rasanya angkat dan hidangkan mengikut citarasa anda.









Monday, April 8, 2013

LUAHAN RASA..

Assalamua'laikum.. demam pilihanraya semakin terasa.. saya juga ada luahan rasa yang tersendiri.. maaflah yea kepada sesiapa yang tidak sependapat.. ini pandangan yang lahir dari hati nurani saya.. hanya Allah yang Maha Mengetahui semoga diberkatinya.. in shaa Allah.. Aamiin!

....knp takut menukar krjn.. tak hidup, tak makan dsbnya kah kita nanti???.. rezeki bukan di tangan siapa2.. jgn tamak.. rasa2 nak mendongak langit sampai ke mati ke??.. bukan tak kenangkan perjuangan org dulu2.. datuk nenek kita dulu berjuangan semata2 demi bangsa & agama.. tp skrg ianya terlalu menyimpang jauh.. cuba dulu 5thn.. tgok prestasi mcmne.. kalau semakin teruk tukar semula.. jgn pentingkan kekayaan semata2.. agama, akhlak bangsa entah ke mana.. letakkan agama dulu sebagai asasnya.. in shaa Allah yg lain2 pasti turut cemerlang.. t/jawab kita semua menentukan siapa yg akan memimpin kita dunia/akhirat.. ingat! kita juga akan dipersoalkan di sana nanti.. dan yang paling utama.. kalau sampai masa Allah nak jatuhkan seseorang itu sekelip mata aje tiada tangguh2nya.. tak perlu khuatir/bimbang.. wallahua'lam

today LUNCH..


...ikan kembung masak kari.. sayur kobis goreng.. ikan goreng tenggiri.. sambal tempoyak & buah2an sebagai pencuci mulut.. buat pembuka selera hubby yg masih belum sihat sepenuhnya..



hubby dh tgok lauk tp belum makan lagi sebab nak makan sekali je ptg nanti... "hmmm sedapnya nak makan banyak2lah nanti".. katanya.. alhamdulillah..;)

Tuesday, April 2, 2013

Projek Kek 3kg...

... malam tadi dapat msg dari seorang cikgu dari sek sekitar bandar Pekan. "akak saya nak tempah kek tp nak yg 3kg, bahagian dalam nak perasa coklat dan vanila, nak warna hijau dan pink untuk birthday budak prasekolah.. boleh tak akak??".. ambil beberapa minit nak membalas msg sebab tak pernah lagi buat kek 3kg.. biasa2 1kg+ tu adalah pastu nak 2 perasa pulak.. ermmm puas2 fikir akhirnya ambil keputusan cuba ajelah buat.. sebab jenis tak suka nak hampakan permintaan orang.. servey2 harga, deconya mcmne.. pastu arini ajak hubby teman pegi beli bahan2.. (hubby pulak tak sihat.. suruh duk sebelah pun takpe.. janji ada org temankan).. sekarang rasa confident dan tak sabar nak buat.. tp nak start esok sb tempahan utk hari khamis pukul 9am.. t/kasih pada yang sudi membantu memberi jwpan kpd setiap persoalan saya mengenai kek 3kg ni & tak lupa pada yang jadi tukang promote tu.. hee.. ok nanti sy share dari awal hingga siap kek tu yea.. tungguuuuuuu!

hehe.. dh tak sabo.. mulakan juga malam ni..;)

- step 1
  - start baking kek span coklat

 

tadaa.. siap!



yang lain2 sambung esok..;)

- 03/04/13

Assalamua'laikum.. selamat pagi semua.. sebelum hantar hubby ke hospital sempat lagi buat kek span vanila.. hee

- step 2
  - baking kek span vanila



orait.. masak..;)



- next step..

04/04/2013 ...alhamdulillah.. akhirnya..;)


Monday, April 1, 2013

Assalamu'alaikum & Selamat Pagi Semua


يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ


Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Surah Al- Baqarah ayat 168

OUR DINNER


..baru sudah masak.. just simple.. asam pedas tumis dgn terung, ikan goreng & sambal belacan nenas.. tp anak2 mungkin kurang minat kalau kuah cair2 mcm ni.. xpelh sesekali ikut selera umi pulakkan.. hubby x kisah makan je apa umi masak.. nanti saya bagi resepi asam pedas yea.. 'Selamat Menjamu Selera' kpd semua..;)









Bahan2;

2 ketul ikan muduk
2 biji terung bulat
3 sb lada blend (lada, bwg merah, bwg putih)
sedikit belacan
sedikit air asam jawa

Cara2nya;

Tumis lada sehingga garing kemudian masukkan belacan, goreng bersama sebentar baru masukkan air ikut kesukaan anda. Bila mendidih masukkan ikan diikuti terung. Tambahkan garam,gula dan sedikit air asam jawa. Siap mudah dan simple.








TIRAMISU CUPCAKE


..antara cupcake2 yang dihasilkan semasa mengikuti kelas masakan..
     
  - keterangan cupcake..;
  

    - cupcake tiramisu
    - topping ganache
    - harga atas deco







KUIH SERI MUKA


...antara kuih tradisional.. kalau kuih2 cmni memang favourite hubby lah.. anak2 kurang tp kalau umi yang buat dorang tu makan juga.. ermm dah lama jugak tak buat terasa pulak..  hee.. saya juga mengambil tempahan untuk kuih2 begini.. jgn terkejut kat luar harganya tinggi juga tapi baguslah kualitinya dengan packing yang kemas.







IKAN MASAK SWEET SOUR @ 3 RASA


.. antara masakan familiar yang sentiasa menjadi request dari anak2.. kena dapatkan ikan yang bersaiz besar barulah sedap/sesuai utk dimasak sebegini.. sebenarnya kuahnya pekat sikit tp anak2 saya jenis sukakan kuah banyak.. bila masak lauk yang kuah cair2 tak suka pulak.. ermmm.. layan je lah..;)





Bahan2nya:
  • 1 ekor ikan (ikut citarasa dan bersesuaian)
  • 1 labu bwg besar dipotong dadu
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 1" halia dihiris halus
  • 1 helai daun pandan
  • 6 biji cili padi dipotong bulat (buh lebih kalau nak pedas)
  • 1 biji tomato didadu
  • 1/4 biji lada banggala merah didadu
  • setangkai daun ketumbar dihiris
  • sos tomato/sos cili secukupnya
  • 2 sudu makan sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit air
  • hirisan daun bwg/ketumbar utk hiasan
Cara2nya:
1. Ikan dilumur dgn sedikit serbuk kunyit dan garam ~ goreng separuh masak dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak ~ tumiskan bwg putih, halia dan bwg besar sehingga wangi dan layu. Kemudian masukkan buah tomato, daun pandan, lada banggala dan cili padi ~ dikacau rata. (jika suka boleh tambahkan dgn potongan nanas dadu)
3. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram secukupnya dan tambahkan dgn sedikit air ~ kacau lg sehingga sebati.
4. Taburkan sedikit daun ketumbar, rasakan dgn sedikit garam dan gula. Barulah masukkan ikan dan digaul rata. Tutupkan apinya dan bolehlah dihidangkan.