Saturday, March 30, 2013

CHICKEN CHOP & SOS LADA HITAM


..Saya memang suka mencuba resepi. Mulanya makan chicken chop di RFC dengan family.. kemudian terasa pula hendak membuatnya sendiri sebab anak2 sangat sukakannya.. google2 terjumpalah dengan resepi di bawah ini. Alhamdulillah setiap kali walaupun first time buat memang tidak mengecewakan terutama anak2.. diikuti permintaan demi permintaan sehingga mereka merasa puas. Nasib baiklah time umi rajin.. tidaklah merasa masalah melayan kerenah anak2.. t/kasih kepada empunya resepi memang tidak mengecewakan & sesiapa yang berminat bolehlah mencubanya..;)
 



CHICKEN CHOP

Bahan:
3 bahagian peha/ dada ayam (650gm+-/potongan besar) | buang tulang
3 ulas bawang putih | kisar halus
6 inci halia | kisar halus
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar saus manis ABC
1 sudu kecil serbuk lada sulah/lada putih
Garam

Salutan:
1 biji telur | kacau
2 sudu besar tepung gandum
100gm bread crumbs

Cara-cara;
1.Bersihkan ayam dan gaulkan ayam bersama bahan kisar, sos tiram, saus manis, serbuk lada sulah dan garam.Masukkan dalam tupperware dan perapkan selama 3 jam dalam peti ais.
2.Setelah cukup masa memerap, gaulkan pula dengan tepung gandum.
3.Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.
4.Ambil ayam dan celupkan dalam telur kemudian salut dengan bread crumbs.Buat satu persatu.
5.Goreng dengan api sederhana besar agar ayam masak sekata.

SOS LADA HITAM

Bahan-bahan (ramai org boleh cicah)
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby)

Cara-cara
1.  Cairkan butter dengan api kecil.
2.  Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3.  Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4.  Masukkan kiub ayam dan kacau.
5.  Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6.  Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7.  Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8.  Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9.  Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10.Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
11. Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap.. 




No comments:

Post a Comment