Assalamua'laikum & Selamat Pagi Semua..;)
Assalamua'laikum wbt.. "Selamat datang/Welcome" ke Sharifah Kitchen. Suka saya untuk berkongsi resepi masakan mudah2an boleh menjadi sebagai pencetus idea kepada semua yang mungkin memikirkan apakah masakan yang sesuai untuk dimasak setiap hari. Sambil-sambil itu saya juga mempromosi aneka kek, cupcake dll kuih/masakan tradisional untuk tempahan. Sebarang idea, komen, kritikan membina sangat dialu-alukan untuk upgradekan lagi blog saya ini. Terima Kasih.
Sunday, March 31, 2013
KEK BLACK FOREST
- keterangan mengenai kek;
- kek span coklat.. dibahagi kpd 3 layer
- setiap lapisan dilapis dgn jus, buah berry & cream
- topping dgn whipping cream
- saiz kek 8"
- berat lbh kurang 1 kg
- sesuai untuk sebarang majlis
- harga @RM55.00 sahaja
Bersedia menerima tempahan.
KEK RED VELVET
- keterangan kek;
- 4 layer
- dilapis dgn cream cheese
- topping dgn cream cheese
- saiz kek 8"
- sesuai untuk semua majlis
- harga @RM70 - RM80 Bersedia untuk menerima tempahan.
Saturday, March 30, 2013
HOMEMADE ICECREAM
Assalamu'alaikum.. seronok bila dapat membuat aiskrim sendiri terutama anak-anak.. dapat juga berjimat daripada membeli yang di luar yang belum tentu kita tahu halal/bersihnya. Resepi ini saya perolehi dari rakan fb dan kemudian saya sharekan bersama anda semua. Selamat mencuba!
Bahan2nya;
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
2 tin air suam (guna tin susu)
4 sudu bsr ovalette
Cara2:-
satukan kesemuanya dlm satu bekas, mix kan dgn kelajuan maximum..
sampai dia jd buih2 halus <dlm 15-20minit>
masukkan perisa dan warna yg d sukai...
sy guna..;
coklat emulco
perisa jagung..pewarna kuning
masukkn dlm bekas, bekukan dia...
setelah beku bolelh dihidang dgn kreativiti msg2..
ROTI NAIK
Alkisah roti naik.. 'practise make perfect'.. begitulah ungkapan proses membuat roti naik ini. First time buat tidaklah segebu ini.. tetapi kerana ada perasaan ingin cuba dan terus mencuba maka dapatlah hasilnya yang sebegini dan syukur alhamdulillah ia adalah antara sumber2 rezeki saya.
Bersedia untuk menerima tempahan. Harga bagi seloyang RM8.00.
CHICKEN CHOP & SOS LADA HITAM
..Saya memang suka mencuba resepi. Mulanya makan chicken chop di RFC dengan family.. kemudian terasa pula hendak membuatnya sendiri sebab anak2 sangat sukakannya.. google2 terjumpalah dengan resepi di bawah ini. Alhamdulillah setiap kali walaupun first time buat memang tidak mengecewakan terutama anak2.. diikuti permintaan demi permintaan sehingga mereka merasa puas. Nasib baiklah time umi rajin.. tidaklah merasa masalah melayan kerenah anak2.. t/kasih kepada empunya resepi memang tidak mengecewakan & sesiapa yang berminat bolehlah mencubanya..;)
CHICKEN CHOP
Bahan:
3 bahagian peha/ dada ayam
(650gm+-/potongan besar) | buang tulang
3 ulas bawang putih | kisar halus
6 inci halia | kisar halus
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar saus manis ABC
1 sudu kecil serbuk lada sulah/lada putih
Garam
Salutan:
1 biji telur | kacau
2 sudu besar tepung gandum
100gm bread crumbs
Cara-cara;
1.Bersihkan ayam dan gaulkan ayam
bersama bahan kisar, sos tiram, saus manis, serbuk lada sulah dan
garam.Masukkan dalam tupperware dan perapkan selama 3 jam dalam peti ais.
2.Setelah cukup masa memerap,
gaulkan pula dengan tepung gandum.
3.Pecahkan telur dalam mangkuk dan
kacau.
4.Ambil ayam dan celupkan dalam
telur kemudian salut dengan bread crumbs.Buat satu persatu.
5.Goreng
dengan api sederhana besar agar ayam masak sekata.
SOS
LADA HITAM
Bahan-bahan (ramai org boleh cicah)
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby)
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby)
Cara-cara
1.
Cairkan butter dengan api kecil.
2. Apabila
cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3. Kemudian
masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4.
Masukkan kiub ayam dan kacau.
5. Masukkan
air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak).
Kacau hingga sebati.
6. Tambahkan
kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2
kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan
lebih likat dan hitam.
7. Masukkan
tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8.
Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9. Masukkan
lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga
menggelegak.
10.Jika
sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit
demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
11.
Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..
NASI DAGANG, GULAI IKAN TONGKOL & ACAR MENTAH
...samalah juga ceritanya.. dah dekat separuh abad.. termasuk ini adalah 5 kali membuatnya.. tp itulah.. memang tidak menghampakan.. selepas itu berulang2 kali lah pula membuatnya dan tidak jemu2 memakannya.. tidak sepertimana yg dibeli di luar.. itulah berkat airtangan sendiri agaknya.. alhamdulillah anak2 & suami memang sentiasa sukakan masakan umi.. begitu juga dengan mak dan adik.. dan sekarang merasa yakin untuk mengambil tempahan pula.. in shaa Allah.. terima kasih juga kepada empunya resepi dan saya sharekan pula kepada sesiapa yang berminat..;
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
- **NASI**
- # 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
- # 1/2 tin santan
- # garam dan gula
- # 1 sudu besar halba
- # bawang dan halia (hiris halus2)
- # air
- **GULAI IKAN TONGKOL**
- $ 1 tin santan
- $ 1 biji bawang besar $ 3 ulas bawang putih $ 2 cm halia $ 4 cm lengkuas } di'blend'
- 15-20 tangkai cili kering
- $ 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
- $ 6 keping asam keping
- $ garam dan secubit ajinomoto
- $ gula
- $ 5-6 biji cili padi
- $ 1 ekor ikan tongkol
- $ 1 cm belacan
- **ACAR**
- & 2 batang timun
- & 1 batang lobak merah
- & 1/2 biji bawang besar
- & 1 biji lada besar
- & cuka, garam, gula
Cara-cara
- NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.
-
- ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.
# Bersedia menerima tempahan.
Friday, March 29, 2013
MEE SIZZLING
...mee ni memang sedap tetapi seeloknya dimakan semasa masih panas2 baru terasa umphhnya!.. terima kasih kepada empunya resepi dan kepada sesiapa yang berminat bolehlah mencubanya..;)
Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)
3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air
Cara-caranya:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit.
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Ulang langkah 8 untuk hidangan yee mee yang lain. Selamat mencuba...
KEK TIRAMISU
- keterangan mengenai kek;
- kek span coklat.. dibahagi kpd 3 layer
- setiap lapisan dilapis dgn bancuhan nescafe & cream cheese
- topping dgn cheese cream & taburan serbuk koko
- saiz kek 8"
- berat lbh kurang 1 kg
- sesuai untuk sebarang majlis
- harga @RM55.00 sahaja
Bersedia untuk menerima tempahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)